Sunday, June 21, 2009

CIRI-CIRI IBU

Assalamu'alaikum semua...

Pertama sekali Kak Kin nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa2 sekelian, terutamanya hubby dan bapa kak kin. Title bapa juga tidak akan diberikan taraf berpencen sama macam ibu juga.

Walau bagaimanapun sebagai ibu... kak kin ingin berkongsi apa yang kak kin perolehi daripada Ustazah Nurhafizah Musa.

CIRI-CIRI IBU YANG LEMAH

1. Tidak tahan diuji/sempit dada/tidak luas fikiran/emosi tidak terkawal

2. Tiada motivasi atau semangat yang tinggi untuk menggiatkan amal soleh.

3. Senang dengan dunia lebih dari akhirat, lebihpentingkan pandangan manusia dari pandanganAllah.

4. Berjiwa kotor...... hati berpenyakit.

CIRI-CIRI YANG KUAT

1. Kekuatan SOLAT ibu-ibu

Baik-buruknya solat seseorang kepada solatnya.
KPI solat - 3 Standard yang memberi kekuatan

1. Solat di awal waktu
2. Terbit dari rasa takut/harap/kasih kepada Allah
3. Solat untuk memenuhi tujuan zikrullah, lihar surat Thaha : 14.

2. Kekuatan MUJAHIDAH

Bersungguh-sungguh/melawan nafsu.

3. Kekuatan RAHMAH

Kasih sayang adalah penybur Kehidupan

4. Kekuatan DOA

Doa ibu kepada anaknya akan dimakbul Allah

5. Kekuatan Ukhwah.

Oklah adik-adik, kawan-kawan nota ringkas kak kin titipkan untuk adik2 dan kawan semua.

Saturday, May 30, 2009

WANITA DARI KACAMATA LELAKI

Assalamualaikum,

Kepada rakan2 dan adik2 Kak Kin semua kak kin perturunkan TIPs yang yang kak kin perolehi dari program Hari Ibu pada hari Sabtu 30 Mei yang lalu. Walaupun terlambat untuk ucapkan hari Ibu kepada Ibu2 semua, kak kin rasa nilai kepada ucapan itu tetap berharga. Ya lah ada pepatah mengatakan Kasih Ibu Sepanjang Masa dan macam-macam bidalan lagi yang kita ketahui dan yang pentingnya jawatan IBU tidak akan diletakkan ke taraf 'berpencen' sampai bila-bila.

Baiklah, kak kin nak kongsi petua-petua untuk kita sebagai ibu yang juga seorang "WANITA DIKACAMATA LELAKI" oleh Ustaz Fauzi Mustafa.

1. Wanita sebagai Peneman Hidup Lelaki
2. Wanita sebagai Pembantu Lelaki
3. Wanita sebagai Pengurus Hidup Lelaki
4. Wanita sebagai Pentadbir Rumah tangga Lelaki
5. Wanita sebagai Penyeri kepada Lelaki
6. Wanita sebagai Pelengkap kepada Lelaki
7. Wanita sebagai Penawar kepada Lelaki
8. Wanita sebagai Penasihat kepada Lelaki
9. Wanita sebagai Pendengar yang baik
10. Wanita sebagai Pembakar semangat Lelaki.

Alhamdulillah, semuga boleh menjadi panduan kepada kita. Insyaallah.

Thursday, May 29, 2008

Mengapa tidak memanafaatkan apa yang ada.

Assalamu'alaikum,

Niat Kak Kin menulis tertangguh lagi. Dari minggu lepas nak menulis blog tapi, tak nak buka blog pun tak 'sempat??'. Kak Kin bagi 'tabik hormat' la pada kawan-kawan Kak Kin yang menjalankan tugas sebagai anak, ibu, isteri, berkerjaya da'ie dan lain-lain tugas dalam satu masa, yang mana tugas2 mereka lebih penting dan membuahkan hasil yang lebih berjaya dari Kak Kin sempat 'memblog' lagi. Malahan hasil curahan mereka di blog amat berguna.

Berbalik kepada Kak Kin ni, Kak Kin ingin berkongsi satu petikan dari buku yang Kak Kin baru baca, di mana suatu hari Abdullah bin Ma'ud melihat Rasulullah s.a.w sedang berbaring. Apabila baginda bangun dari rpat idurnya, beliau terlihat ada kesan jalur-jalur tidur di belakang baginda, ini disebabkab tikar alas tidur baginda diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesa tikar itu amat ketara. Timbul belas kasihan di hati Abdullah bin Mas`ud. Berkata Ibnu Mas`ud, Ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lebut untukmu nescaya aku akan berusaha mendapatkannya."

Tetapi Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."

Kak kin terfikir dengan kata-kata hadis Rasulullah tersebut, bermakna hidup di dunia ni sedikit, 1 hari di akhirat, 1000 tahun di dunia, jangka hayat umur kita lebih kurang 70 tahu( wanita melayu), eiii.. agaknya macam sekilau kilat yang memecah kumpalan awan agaknya kehidupan kita ni... apa yang kita boleh buat agaknya.

Thursday, April 3, 2008

Kemana Menghilang

Assalamu'alaikum,

Kak Kin rasa macam janggal pulak nak kembali menulis ke dalam blog ni setelah lebih 6 bulan menghilang. Memang susah sebenarnya hendak memulakan sesuatu yang telah lama kita tinggal ni.... Kak Kin ingat lagi masak awal-awal mula menunaikan solat dulu, nenek Kak Kin akan monitor betul-betul agar Kak Kin tunaikan solat mengikut waktu, padahal waktu itu kalau tak solat pun tak adalah berdosa.. kecil lagi... kadang-kadang ada juga Kak Kin 'menjawab' leteren nenek bila dia beriya-iya suruh solat, Kak Kin kata
'ari tu tok haji kata budak kecik tak semaye tak pa lagi'..... banyak kali Kak Kin lawan cakap nenek - tok aji tu adalah imam/ustaz yang akan baca kitab pada penduduk kampung yang datang berjemaah di surau, Kak Kin suka ikut nenek ke surau dan dengar tok haji tu baca kitab. Nenek Kak Kin tak peduli dia akan pastikan Kak Kin solat, dia akan berdiri tepi Kak Kin dengan tongkat dia hingga Kak Kin solat. Lepas solat dia kata, kalau mu tinggal semaye sekali, mu nak tinga lagi waktu lain, pah tu tinga lagi, pah tu tinga lagi, lama-lama besa tinga... lepah tu nak mula balik... payoh la........jadi malah... bebal... (Kalau kamu tinggal solat satu waktu, kamu akan tinggal lagi waktu lain dan seterusnya dah biasa tinggal dan akan rasa berat untuk memulakan mengerjakan solat sperti sebelumnya).

Ha.. bila dah 35 tahun berlalu... baru teori nenek Kak Kin yang bertongkat saban petang untuk berjemaah ke surau nampak kebenarannya..... bila dah lama tak tulis dalam blog, punyala susah nak menulis balik. Itulah yang dikatakan salah sifat untuk orang berjaya dalam semua lapangan yang dia jalani mestilah bersifat ISTIQAMAH... komited dengan apa yang dilaksanakan. Kalau tengok Rasulullah dan sahabatnya sangat tinggi sifat istiqamahnya semasa mereka menyebarkan dakwah islam sehingga terbentuknya empayar Islam. Yah...Kak Kin dah mula kenal salah satu sifat dalam diri kak kin ni tak berapa istiqmahla...... insyallah kak kin harap lepas ni cuba untuk.......... tengoklah....

Tuesday, July 17, 2007

Beberapa rangkai kata menyentak lamunan

Sejak akhir-akhir ni, Kak Kin jarang menjengok blog sendiri, mahupun boog tulisan blogger lain yang Kak Kinah minat. Kesibukan membatasi waktu yang biasa Kak Kin habiskan untuk itu.

Beberapa hari lepas, Kak Kin ada mesyuarat di Pejabat, antara Pengarah dengan staff. Hadir sama Pen. Pengarah yang baru melaporkan diri. Setelah berjam-jam mesyuarat(macam biasa, mesyuarat tak ada kawalan masa) Pen. Pengarah yang baru membuat peringatan bahawa pegawai lelaki mesti melengkapkan pakaian mereka dengan 'neck-tie', Kak Kin dah biasa dengar ingatan yang boleh dikatakan bertalu-talu juga-lah, tetapi dihujung kata-katanya beliau mengatakan 'macam mana kita nak membuatkan orang rasa kita tinggi, sedangkan diri kita tidak meninggikannya. Kak Kin tersentak sikit, dari sikap buat tak-tahu tadi. Betul juga kan sebelum orang lain tinggikan diri kita, kita perlu jaga supaya kita ditinggikan. Sebab sebagai pendakwah kita perlu menjaga supaya mad'u kita memandang tinggi kepada kita, dan dengan senangnya akan tertarik kepada penyampaian kita. Sebelum ni Kak kin jenis tak berapa kisah bab ni nampaknya terpaksalah renung-renungkan.....

Satu lagi, Kak Kin hadir satu bengkel untuk menjadi penyampai in-formal yang berkesan kepada masyarakat. Penceramah mengupas perkataan "cell". Katanya kita patut ujudkan "cell", satu "cell" 3 orang, dari tiga orang ni, bentuk "cell" lagi 3 orang juga. Semasa pembentukan 'cell' tu buat-lah aktiviti-aktiviti yang baik-baik seperti berborak benda2 yang baik saja, berjalan pun tempat2 yang baik-baik. Kemudian bila dah "cell" tu kukuh, bina "cell" yang baru dan begitulah seterusnya. Akhirnya, boleh wujudkan satu cantuman "cell" yang besar untuk apa-apa kebaikan. Macam sarang lebah yang asalnya satu "cell", tapi lama-lama bila besar boleh hasilkan madu yang berkhasiat tinggi. Katanya lagi, pratikal "cell" ni lebih senang kalau di kediaman flat atau apartment. OOOO... Kak Kin orang IT, selalu belajar dan praktik teori "cell" semasa buat kerja programming... tapi Kak Kin tak guna untuk hal ini......... alahai apalah aku ni......

Monday, July 2, 2007

Sukarelawan di Kota Bertaraf Dunia

Rabu, Khamis dan Jumaat(27,28 dan 29 Jun) Suami Kak Kin mengumpul sampah(yg. tidak busuk dan tidak mudah reput) yang sudah lama terbiar di laman apartment kami dan membakarnya. Sampah yang terdiri dari perabut terbuang, batang pokok yang ditebang dan berbagai-bagai lagi itu terpaksa di bakar bekali-kali oleh suami kak kin kerana baranya masih ada dan longgokan itu masih berbaki. Sebelum ni pun suami kak kin telah beberapa kali melakukan benda ini, seperti sukarelawan juga-lah, tak palah kalau kita menjadi sukarelwan yang susah untuk di buat oleh orang lain tentu besar maknanya, mudah-mudahan pahalanya pun besar. Kak kin bagi pihak semua penduduk mengucapkan berbanyak2 terima kasih daun keladi pada 'hubby' Kak kin ni.

Sabtu (30 Jun) Kak Kin ke Program Khidmat Kesihatan di Salah satu penempatan di Ibu Kota. Daripada makluman yang Kak Kin terima dari kawan2 di sana nanti ada pemeriksaan kesihatan percuma, kaedah rawatan alternatif, gerai jualan, pamiran2, pendaftaran dan penyemakan pengundian oleh wakil SPR, pertandingan beberapa acara oleh penduduk setempat dan sebagainya. Dan sememangnya semua perkhabaran itu benar belaka.

Bila Kak Kin sampai di sana(awal pagi) program telah bermula(meriah) ditambah dengan semerbak bau gulai kawah. OOO ada makan rupanya... 'bakpo tak royatnya'. Tuan punya gerai telah bersedia dengan senyuman dan ayat 'power' masing2 untuk menarik perhatian pengunjung2. Wakil SPR telah bersedia dengan komputernya... walaupun masih terkial2 membetulkan 'printer'nya. Dan bila tengok barisan yang panjang beratur disatu sudut tu Kak Kin pun ikutlah sama nak 'join' walaupun belum tau apa tujuannya... rupanya mereka berdaftar untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Wah ramainya, menandakan warga kota ni memang prihatin dengan kesihatan. Lepas daftar kena timbang, lepas tu baru periksa darah, periksa paras glukos, jumpa pakar pemakanan seimbang dan sebagainya. Itulah prosedurnya... macam betul2 dekat klinik/hospital, langsung Kak Kin keluar dari barisan, Kak Kin ni trauma dengan mesin timbang tu... eeeeeeeeeeeeeee.


Kak kin masih lagi jadi pemerhati setia. Kak Kin tengok sukarelawan yang menjalankan tugas, Kak kin bagi mereka markah 5 bintang(siapa nak iktiraf penilaian Kak Kin???) bagus sungguh mereka ni. Kemudian Kak Kin ke gerai rawatan alternatif, ramai juga yg. mengelilingi pengamal rawatan tersebut - sukarelawan juga. Tukang Urut kaedah 'refleksologi' lelaki dan wanita pun tak henti-henti tangan 'menggayang' kaki pelanggan mereka. Gerai periksa gigi dan peralatannya pun ada!, cuma mesin Gerudi Gigi tak ada. Kak Kin dapat khidmat semua sukarelwan tersebut kecuali yang kena timbang!!!!.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau menyatakan sokongan Dewan Bandaraya yang terhadap program yang menitik beratkan peningkatan taraf kesihatan penduduk kotaraya yang bertaraf dunia ini. Dewan Bandaraya akan membantu dengan peruntukan2 yang disediakan.

Selepas perasmian, disediakan jamuan makan tengahari berlaukkan daging lembu yang diperuntukkan oleh Dewan Bandaraya dan dimasak secara gotong royong oleh penduduk, maknanya secara sukarela juga. Beberapa acara diteruskan dengan penuh teratur.

Petangnya selesai program, kak kin tengok pemuda2 dan pakcik2(golongan warga emas pun ada) berganding bahu mengemaskan tapak program untuk acara petang dan seterusnya membuat persediaan untuk program sebelah malam pula.

Hari ini Kak Kin rasa seronok menjadi penghuni kotaraya ni kerana ada juga penghuni kota yang masih sudi bergelar sukarelawan, lebih kurang sama dengan kampung???.

Sunday, June 17, 2007

Tak tahan lasak lagi....

Semalam hari Ahad Kak Kin dan serta kawan-kawan se jemaah menjalankan satu aktiviti riadah, di salah satu hutan lipur di pinggir ibukota. Program 1 hari 1 malam tu, padat sungguh. Pandai sungguh perancangnya yang kebanyakannya muda2 belaka. Kak Kin nampak urusetia programnya... wah...wah.. muda lagi.... dalam hati berkata-kata... macam mana nak ikut program mereka ni.

Tempatnya bagus untuk mereka yang nak melasakkan diri ... apalagi pesertanya adalah mereka-mereka yang mendiami kawasan 'kota metropolitan', asyik bergelumang dengan debu-debu hitam pekat kotaraya. Bunyi desiran air terjun dari sungai yang berhampiranan dikuti dengan hujan yang turun di malam yang lewat itu, seolah-olah menolong menjayakan objektif perancang program iaitu ' melahirkan peserta yang tahan lasak'. Lagi seronok depa nak belasah kita la ni.......

Peserta terpaksa akur dengan keadaan penginapan yang jauh berbeza dari keselesaan yang dialami di rumah sendiri di ibukota. Pada malamnya selain dari acara biasa, taaruf dsbgnya, peserta di acarakan dengan program 'night work'. Semasa program ni... peserta dikehendaki berjalan merentas hutan, jam 1.00 pagi (gelap dan hujan sikit2) mengikuti kumpulan gabungan antara anak2 muda dan kakak pertengahan umur. Makcik2 yang datang ramai menarik diri, kerana hujan yang merubah keadaan, yalah nak panjat bukit, nak harungi anak sungai dalam gelap pekat, risau jugak. Kak kin dan kawan-kawan tak ikut serta (kak kin dah masuk gol. makcik2). Lagipun kak kin dah biasa ikut program begini masa muda2 dulu. Kami hanya doakan keselamatan mereka sepanjang pemergian. Dan akhirnya mereka selamat kembali jam 2.30 pagi.

Pagi esoknya ada lagi program 'river tracking' - berjalan dalam sungai lawan arus. Kak Kin tengok sungai tu banyak batu, besar2 lagi... ayo...... lepas tu ada banyak pula check pointnya... lagi sekali Kak Kin tak berani. Kak Kin ingat 'instaructur' kak kin dulu kata, kalau nak ikut program begini, jangan sampai menysahkan orang. Kak Kin ni tak kuat macam dulu, yalah dah tua.... Kak Kin berendam jerlah... best jugak kan....

Bila mereka balik, nampaklah mereka letih, lebih2 lagi yang dah 'baya-baya', ada yang ngadu sakit paha, sakit lutut, sakit punggung, terjatuh atas batu dsbgnya. Anak2 remaja pun ada juga... tapi muka tetap ceria... bagus......

Bagaimanapun... Kak Kin ucapkan tahniah kepada pengajur dan peserta program ini.... 'best' walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Mudah-mudah akan lahirkan kawan-kawan Kak Kin yang tahan lasak untuk apa2 program yang lasak-lasak nanti...

Thursday, June 7, 2007

SELEPAS BERCUTI PANJANG

Assalamu'alaikum,

Hari ni baru Kak Kin rasa lega dan sempat jenguk blog selepas bercuti panjang. Hampir seminggu jugaklah Kak Kin bercuti. Seperti sedia maklumlah kalau lepas bercuti tu, lambakan tugas dipejabat dan lain-lain tugas rutin yang terpaksa dibereskan. Belum lagi buka planner mungkin ada juga catatan tugasan menanti. Alhamdulillah sepanjang percutian - puas hati - walaupun ada agenda yang dirancang tak sempat dilaksanakan.

Sebenarnya Kak Kin bercuti sambil 'bekerja', ya lah dalam masa yang sama Kak Kin menghadiri Himpunan Tahunan salah satu NGO yang Kak Kin sertai, tempatnya di negeri tanah tumpah Kak Kin. Kebetulan pula Kak Kin merupakan salah seorang yang dilantik menjadi perwakilan organisasi tersebut. Suami Kak Kin bersedia menemani Kak Kin 'bercuti sambil berkerja' kali ni. 'Thank you hubby', itulah ayat keramat yang Kak Kin boleh ucapkan kepada suami. Sesungguhnya pengorbanan dan sokonganmu yang tak sudah-sudah memudahkan seni perjalanan hidupku.

Sepanjang program yang Kak Kin hadiri banyak ucapan2 perwakilan yang menyentuh keadaan minda masyarakat hari ini. Pihak pimpinan mengingatkan supaya berusaha bersungguh2 untuk mengubah keadaan tersebut. Perwakilan sebagai peneraju perubahan minda perlu berusaha keras untuk mencapai target yang diimpikan. Beberapa strategi perlu dirangka dan dilaksanakan. Proses perlaksanaan kearah itu mesti teliti, berhati-hati, memahami dan menyesuaikannya dengan realiti. Perawakilan tidak boleh memandang sesuatu kes secara sepintas lalu dan terus membuat kesimpulan atau keputusan. Kajian yang terinci perlu dilaksanakan. Percubaan demi percubaan perlu dibuat, bukan setakat lihat dari jauh, toleh kiri kanan terus buat laporan begitu-begini. Maknanya tak boleh kata 'di sini susah', 'di sana tak boleh', 'begini bahaya', 'begitu tak berjaya' sebelum turun laksanakan. Satu contoh yang menarik yang ditunjukkan ialah bila mereka 'turun padang' di satu kawasan yang subur dengan pelacuran, di tengah bandaraya K. Lumpur(mengikut pandangan awam). Masyarakat di situ nampaknya tidaklah terlalu 'cuak' untuk berjumpa dengan 'kita2' asalkan kita pergi mengunjungi mereka. Jadinya kalau komuniti yang lain 'no problemlah'. Wah... nampaknya satu tugasan menanti kami...

Dalam ucapan balas perwakilan pula kak kin tertarik dengan satu ucapan perwakilan Kuala Lumpur(sama ngan Kak Kin la tu). Di antara ucapannya ialah sebagai penggerak minda masyarakat ni, kita kena bersedia untuk 'UNLearn', 'TOLearn' dan 'RELearn'. Juga kita tidak boleh bersikap 'egoistik' atau 'ananiah', hindarkan sikap hanya kita boleh tegur orang, orang tak boleh tegur kita. Payah jugak ya.......


Seterusnya, beberapa perwakilan lain yang Kak Kinah ikut ucapan mereka semuanya menarik. Di antaranya seorang ustaz terkemuka bagi ingatan pada kita kalau pergi mana-mana pun ingat falsafah penyapu lidi. Kalau bilah lidi kelapa satu sahaja tak boleh nak buat penyapu, tapi kalau banyak dan diikat dengan kuat..... perompak dan penyamun pun boleh kita bantai dengan bilah lidi. Ustaz juga mengingatkan bahawa hadis 'kambing yang terpisah dari kumpulannya lebih senang dibaham oleh serigala berbanding dengan sekelompok kambing di padang ragut'. Jadi-nya kalau ke mana-mana sekalipun, kita mesti berada di dalam satu oraganisasi.... walau di mana kita dicampakkan kita kena cari jemaah. JANGAN ADA ALASAN; 'SUSAH KALAU JAUH DARI KAWAN/KELUARGA'. Kalau kita seorang2 kita duduk diam dalam kotak kita sahaja makin lama makin layu, seterusnya akan lenyap.....

Satu lagi masa akhir ucapan pimpinan, Kak Kin tertarik dengan ucapan presiden....katanya Rasul-rasul Allah dari nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w dijadikan sebagai pendakwah yang juga ahli politik. Sebab katanya semua Rasul adalah pemimpin kaum di zaman mereka. Rasul-rasul tersebut akan berdakwah sehingga boleh memerintah wilayah yang diduduki oleh mereka dan kaum tersebut. Ambil contoh Nabi Sulaiman a.s, Dia menjadi Raja dizaman nya, menajdi pemerintah kepada kaum dizamanya, membuat hubungan diplomatik dengan Puteri Balqish. Ha Politik la namanya tu.... Begitu jugak dengan Nabi kita... berdakwah punya berdakwah.... untuk kelaurga, kaum kerabat, membentuk negara, menakluk negara lain, membuat hubungan dengan negara luar dan..., dan... politik lah tu.....macam mana nak kata kita tak mahu campur dengan politik. Kena berpolitikla- sebab nabi pun bepolitik.

Kesemua mereka telah di programkan oleh Allah terlibat dengan politik dan sebagai umatnya jalan manakah lagi yang boleh diikuti..... Teringat Kak Kin dulu Kak Kin pun tak minat politik dan kak kin faham bila orang kata tak minat politik, tak mahu campur politik, sebab mereka tak faham lagi!!!

Mudah-mudahan mereka dan kita semua akan faham......

Wednesday, May 23, 2007

Pagi tadi (24.05) ada meeting untuk Kak Kin dan staff di ofis Kak Kin. Pengarah bahagian yang mempengurusikan mesyuarat. Ini meeting tergempar, mesti ASAP punya... Tapi Kak Kin tetap sediakan bahan bacaan selingan semasa meeting, sebab kalau pengarah meeting mesti "lama dan bosan punya".

Al-kisahnya pengerusi pun mulakanlah.... agenda utamanya berkaitan dengan disiplin dan sekuriti. Biasalah katanya pihak pengurusan atasan 'observe' staff keluar masuk ofis sesuka hati. Sebenarnya kak kin dah jelak dengar teguran ni... dalam perhimpunan dah ditegur, memo dah dikeluarkan mengapa degil sangat staff ni. Masa ofis lama Kak Kin, staff tak degil sangat, biasanya 80% dari teguran akan 'menjadi', tapi kat sini wallahu'alam susah sungguh, kadang-kadang Kak Kin(""yang baik ni pun"") pun tak heran dengan teguran tu.

Kemudian pengarah brief bab sekuriti, banyak peralatan-peralatan ofis dan peribadi hilang. Bahkan semakin menjadi-jadi. Laptop dan projektor dalam kabinet besi boleh hilang dengan mudah. Sesiapa yang 'dipertanggungjwab' dengan barang2 tersebut tunggu masa-lah untuk memberi sebab.

Pengarah berkali-kali mengingatkan supaya mengawas barang2 yang dipertangungjawabkan oleh ofis. Kak Kin kata kalau dah dalam peti besi boleh hilang macam mana nak jaga lagi. Kak Kin bagi pendapat ' apa kata kalau kita solat hajat ' minta Allah selesaikan masalah ni. Tak tahulah macam mana mereka ni......
Masa kelas mengaji tengahari tadi pun ada juga sembang2 dengan sahabat2 dari lain-lain bahagian. Perkara yang sama juga berlaku. Kak kin ada bagitau agaknya kita ni kerja di dalam suasana 'tidak diberkati Allah'. Kalau ditanya mengapa? Jawabnya susah Kak Kin nak cerita. Ya Allah.... lindungilah kami dengan rahmatmu.
Pada meeting yang lepas pengarah ada beritahu, emel selalu ada problem.
Line internet juga begitu.Tiba-tiba 'server down' tanpa sebab, blok2 lain (jab. lain) tidak lah sebegini kerap. Masa tu Kak Kin juga tertanya-tanya, Kak Kin 'take note' dan bagi 'tag' terhadap masalah ini. Kini Kak Kin terfikir-fikir lagi...

Hari-hari kak kin dengar, lihat dan baca ada kes-kes yang pelik berlaku, semuanya semacam membuatkan kehidupan sentiasa perlu berwaspada agar kita bersedia berhadapan dengan suasana yang mencemaskan dan boleh membuatkan perasaan kita sentiasa cemas, takut dan ngeri!!!!

Kak kin pernah baca artikel rakyat malaysia baru balik dari 'negara maju', beliau rasa lebih selamat tinggal di negara tersebut. Satu lagi artikel mengisahkan seorang bekas hakim juga merasa dalam keadaan yang tidak selamat lagi ketika dia berjalan, berkenderaan mahupun bersosial.... ..
'Ya Allah bala apakah ini...'?!!! Itulah respon kak kin bila baca artikel ini.

Kak Kin rasa, kita manusia ni, kena diberi pengisian rohani juga. Dalam masa yang sama kita kena minta perlindungan dari 'Yang Maha Kuasa'. Kalau tidak beginilah jadinya, serba tak kena..... sentiasa berlaku sesuatu yang tidak diingini tanpa sebab????? Hati yang tidak diberi peringatan dan 'dekat' dengan 'Tuhan(Allah)' akan sentiasa keras, keras dan mungkin sekeras Batu Kerikil.

Allah menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia dikurniakan akal fikiran, tidak pada binatang, tetapi kalau akal fikiran kita tidak berpandu kepada utusan Allah begitulah jadinya....

Sebab itulah Allah utuskan Rasulullah untuk memberi peringatan kepada manusia ini, termasuklah diri Kak Kin yang lemah ini...

Pada kawan-kawan kak kin yang dah 'high level boss' tu mungkin 'ada lebih power' untuk mengubah keadaan ini....

Tuesday, May 8, 2007

Kak kin mengikuti seminar ICT dan Penerangan. Dalam seminar tu banyaklah tokoh-tokoh yang berkaliber, berpengalaman membuat pembentangan. Kalau 'speaker' tu laksanakan apa yang dia cakap mesti ada 'oomph' atau dalam kata lain 'menusuk dalam hati'. Begitu jugalah diri kita, cakap2 kita tidak berkesan sekiranya 'cakap tak serupa bikin' , Firman Allah bermaksuddi dalam Al-Quran bermaksud , 'amat besar kebencian disisi Allah sekiranya kamu bercakap sekiranya kamu tidak buat'.

Kak kin dapat tiga pengajaran yang baru 'speaker' pertama kata; Semua Rasulullah adalah 'Pegawai Penerangan', mereka bertugas memberi penerangan kepada kaum di zamannya. Oleh itu semua kita adalah "Pegawai Penerangan" dan mesti meneruskan tugas Rasulullah sebagai Pegawai Penerangan.

'Speaker' kedua pulak kata, untuk menjadi pegawai penerangan yang bagus kita mestilah mencari sahabat di dalam kumpulan musuh kita. Di mana Rasulullah, menggunakan tawanan perang untuk kebaikan ummah. Jadi kita juga mesti menggunakan taktik begitu.

Ketiganya pengerusi penganjur membuat ulasan yang cukup memberangsangkan tentang ICT, padahal dia adalah seorang Ustaz yang dah pencen, kak kin rasa kerdil pulak padahal kak kin dah berkecimpung hampir 20 tahun dalam bidang IT tapi tak berapa cak na dengan kemudahan yang ada pada ICT kini untuk mempertingkatkan perkembangan Islam dan meluaskan ajaran Islam.

Kak kin dan sahabat2 perlu ubah sikap untuk menyelami perubahan...

Monday, April 23, 2007

Perjuangan belum selesai

Semalam(malam) kak kin ada satu mesyuarat NGO, mesyuarat dari 10.00 pm hingga 2.15 am esoknya. Bila kak kin balik ajer... suami kak kin dalam lenanya berkata ' naper abis lambat sangat'? Kak kin serba salah jadinya, betullah katanya tu, memang lambat....... tapi itulah perjuangan yang kita harus harungi bersama wahai suamiku.......

Bila Kak Kin fikir2 balik mengapa mesyuarat sampai 2.15 pagi, selain dari banyak benda nak bincang, faktor kesamaan fikrah ahli2 mesyuarat juga penting, latar belakang ahli mesyuarat dari berbagai-bagai latar belakang menyebabkan susah untuk mencapai keputusan, A berpendapat begini, B berhujjah begitu, C mengemukan fakta yg agak berbeza, last2 pengerusi tak dapat mengawal suasana dan mesyuarat sudah tidak 'fokus' lagi. Susah juga jadi pengerusi mesyuarat, terpaksa kawal segala-galanya, yang paling susah nak 'cool' kan diri sendiri. Maknanya dalam 'group' sendiri pun ada pertelingkahan.

Itulah dia perjuangan belum selesai.. dan mengikut kata TGAH perjuangan takkan selesai, mesti ada sesuatu perkara yang perlu diperjuangkan.......kata TGNA orang yang tiada dalam perjuangan seperti orang yang sihat diserang 'angin ahmar' atau 'stroke'. Fikir-fikirkanlah.

Thursday, April 12, 2007

Susahnya Senyum, padahal Senyun Itu Sedekah




Selalunya bila kak kin jumpa kaum sejenis kak kin selalu teragak-agak, nak senyum ke tidak, nak senyum ke tidak, kalau tak senyum nanti orang kata sombong pula.. Kalau senyum dan dia buat tak tahu.. alamak malu besar la pulak.... susah betul.

Sejak akhir2 ni bila terpampang gambar kempen senyum dan teringat satu hadis kata senyuman itu sedekah, lalu kak kin berazam nak 'senyum sokmo'.

Selalunya hari Sabtu dan Ahad, kak kin cuti, kak kin pergi berjalan-jalan di taman rekreasi. Bukan nak kurus dan kak kin tak bercita-cita pun untuk kurus, nak susut pun tak tercapai, kak kin nak 'fit' kan badan sahaja. Kak Kin berjalan mengikut trek jogging mengelilingi tasik yang disediakan, berselisih dengan ramai orang, bila jumpa kanak-kanak kak kin senyum jumpa remaja2 kak kin senyum dan sesiapa sahaja(yang dibolehkan) termasuklah mereka yang bukan dari bangsa kak kin. Bila kak kin senyum pada anak2 mereka balas senyum kak kin, siap bagi salam lagi, bila pada remaja pun tidak mengecewakan walaupun ada sesetengahnya yang agak tidak kurang asamnya, senyum dengan nyonya2 dan apek2 tua, seyum kak kin di balas, tetapi kecewa sungguh kak kin bila senyuman diberi kepada mereka yang seagama dan 'committe' dengan agama tidak membalas senyuman kak kin malah ada yang mengalih pandangan kearah lain! apa ni..... terdetik di hati kak kin buat malu aku saja......

Esoknya kak kin ke komplek membeli-belah di Jalan TAR, KL, saja nak 'survey' senang kalau di lain masa nak datang 'shopping'. Kak kin dengan rela hatinya melemparkan senyuman seperti semalam, kelmarin dan minggu sebelumnya di taman rekreasi ........ pun kecewa juga sebab bilamana kak kin bagi senyuman kepada mereka terutamanya sekumplan adik2 dan kakak yang 'bertudung besar', pandangannya dialihkan ke lain... subhanaallah apakah mereka lupa kepada pepatah melayu 'senyuman mesra budaya kita' dan hadis Rasulullah 'senyum itu sedekah'.... tak nak pahala ke dik ooi... wallahu'allam.

Monday, April 2, 2007

Jumpa Sahabat Lama

26.03 & 27.03 Kak Kin ada kursus di luar Kuala Lumpur, kebetulan pulak tempat tu berhampiran dengan rumah sahabat kak kin. Sekali lagi kak kin ambil kesempatan untuk berjumpa agak lama sedikit dengannya. Maklumlah masa belajar dulu tinggal satu rumah, makan satu dulang, masak satu belanga dan lain2 lagi yang boleh di 'share'. Kak Kin mohon izin dari suami untuk tidur semalaman di rumahnya. Dengan izin suami kak kin yang 'sporting and supportive' tu kak kin dapatlah sebagaimana dihajati. Thanks hubby....kerana kau mengerti.....

Habis kelas kak kin tunggu dia keluar pejabat. Sebelum tu dia dah cakap dia balik lambat sikit, busy katanya. Ya lah dia pun pegawai kanan, mestilah sibuk... bila dah jumpa tuh... wah gayanya pun macam pegawai kananlah... pendek kata kalau orang tak tahu dia pegawai kanan pun dapat agak dia tu pegawai kanan....

Malam tu sambil makan sambil borak, kenal ngan anak-anak dia, cerita fasal keluarga, fasal kerja sikit2. Dah tu sempat lagi pergi ziarah kawan lagi yang baru dapat cucu..... seronoknya dah bercucu (dia jauh lebih senior dari kami), memang ada rupa tok wan, itulah dah fitrah wanita, ada naluri ibu, naluri nenek walaupun di mana kamu berada.

Asyiknyan tidak terkira .... bila jumpa sahabat lama ni.... belum habis cerita sendiri, timbul pula cerita sahabat yang lain... sekali-sekali berderai bila dah teringat kisah lucu dan tak menasabah masa pra-matang dulu tu.....

Cumanya satu saja yang rasa kehilangan... kisah-kisah rapuhnya akidah umat kini, kurangnya penghayatan ajaran Islam, kurangnya daya juang umat Islam kini... tidak sempat dibincangkan... ngapa agaknya.... keadaan ini wujud bukan jumpa dengan sahabat kak kin yang 'masih maintain' lagi ni saja tapi sahabat yang lain jugak.. wallahu'allam.

Wednesday, March 28, 2007

Ziarah Saudara

Petang Jumaat (23.3) lepas ofis, kak kin dan suami terus bertolak ke Ipoh, sempat singgah makan di restoren jejambat Sg. Buloh, First time singgah di situ, selalu dengar cerita saja, lepas makan ala kadar, perjalanan diteruskan dengan tujuan pertamanya ziarah adik Kak Kin, adik kak kin nak pergi umrah pada 31hb. Mac nanti, jadi dalam siri ziarah ni kak kin ambil kesempatan ziarah dia, teringat mak lah pulak, maklumlah kami 2 beradik saja perempuan. Tiba dah agak malam, letih, tak sempat sangat nak pesan apa-apa untuk mantapkan ibadahnya nanti, borak hal2 keluarga sahaja.

Besoknya pagi2 lagi kak kin dan suami di bawa oleh adik ipar(yang bertugas di situ)ziarah salah satu wad di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan(wad sakit mental) dapatlah kami tengok penghuni wad. Dari luar lagi dah bermacam-macam bunyi boleh dengar, menjerit, meraung dan macam-macam lagi. Bila masuk dalam wad, kebanyakan penghuninya muda2 lagi. Terdetiknya rasa sayang pemuda-pemuda Islam dah jadi macam tu, ada yang kali ke 10 masuk wad ni. Macam-macam cerita dan berebut-rebut mereka nak cerita pada suami kak kin, kalau di layan tak sudah jadinya. Kak Kin tengok suami kak kin macam terkesima, apa yang ada dalam fikirannya pun kak kin tak dapat agak, mungkin bersyukur agaknya kami diselamatkan oleh Allah dari terkena penayakit yang begitu. Sementara ronda-ronda kawasannya yang keluasannya lebih 15 ekar tu adik ipar kak kin beritahu ada juga yang buat-buat 'tak betul' untuk mengelak dari dikenakan hukuman oleh mahkamah, ada juga mereka yang jaga pesakit ni di 'bantai' oleh pesakit mereka, macam-macam lagilah.... seronok jugalah dengar, sebab inilah kali pertama dapat mendekati keadaan sebegini.

Seterusnya kak kin dengan suami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, ziarah anak saudara suami bersalin, Alhamdulillah anak dan ibu sihat walafiat (baby girl). Sempat suami kak kin 'belah mulut' baby, minta 'bapa' dia belikan buah kurma, kismis, air zam-zam untuk laksanakan sunnah tersebut. Bertambahlah umat Nabi Muhammad di dunia ni, mudah-mudahan menjadi umat yang bermutu.... Sebab di akhir zaman ni umat Muhammad ramai, tetapi seperti buih-buih dilautan, terus hanyut dan pecah dibawa ombak.

Tengaharinya, kami ziarah kubur allayarham emak suami kak kin. Di sana sempatlah baca tahlil dan doa untuk nya (Kak Kin tak sempat berjumpa dengannya).Semuga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah swt. Dengar cerita allahyarham seorang yang baik, menolong orang dengan sedaya mungkin. Ramai yang masih terasa kehilangannya walaupun lebih 15 tahun pemergiaannya.

Selepas itu kak kin teruskan perjalanan ke Sungai Petani, rumah kakak suami, macam biasalah, borak, borak dan borak dengan hal-hal keluarga. Tidur di sana semalam dah lepaslah rindu suami kak kin pada dia orang.

Esoknya selepas sarapan dan sambung borak-borak, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Semasa perjalanan balik memang dah rancang untuk singgah di beberapa tempat.
Mulanya singgah di Nibong Tebal, ziarah kubur allayarham sahabat suami kak kin, baca tahlil dan doa untuknya. Allahyarham muda lagi belum sampai 50 lagi, dah pergi, dengar juga suami kak kin bisikkan, "kami pun akan menyusul juga nanti", yalah mati tak kira siapa, bila Allah panggil, kita pergilah mengadapnya. Masa duduk tahlil tu, kak kin terasa kalaulah arwah-arwah di dalam kubur boleh bangkit dan beritahu, mereka pasti beritahu, supaya buatlah persediaan menemui kematian, buatlah baik sesama insan, dekatilah diri dengan Allah, jangan buang masa untuk berjihad dijalan Allah dan macam-macam lagi. Terasa kedengaran suara-suara tu, me-re-mang bu-lu ro-ma. Ya Allah kalau umur kami panjang tunjukilah kami untuk mengisinya dengan segala kebaikan yang diredhai olehMu.

Seterusnya di Taiping, singgah ziarah saudara yang kematian suami. Suaminya meninggal 3 minggu yang lalu, kami dimaklumkan 3 hari selepas kematiannya. Hari ni baru sempat ziarah isteri dan anak-anaknya. Selepas mendengar sekitar kisah-kisah kematiannya dan memberi sedikit sebanyak motivasi kepada isterinya, kami ke restoran Doli Kue Tiaw. Kuey Tiaw dia memang sedap, terkenal sehingga ke Kuala Lumpur. Doli ni berniaga dari gerai pacak hinggalah sekarang dah mempunyai restoran yang munggkin tercanggih di Taiping. Kami order Nasi Ayam dan Kuew Tiaw Goreng, terlebih la pulok, tapi kami boleh habiskan, taklah membazir. Kalaulah berkunjung ka Taiping tu bolehlah singgah di Doli Kuew Tiaw ni.

Sebelah petang dengan rasa lesu tapi puas, tibalah di Kuala Lumpur. Alamak!! esok kena kursus di Putra Jaya.

Tuesday, March 27, 2007

Ziarah - Merapatkan Ukhwah, Menguatkan Iman.

Bermula Jumaat petang(23.03) hingga selasa(27.03) kak kin melaksanakan ziarah, ziarah dan ziarah. Selepas dari ziarah tu ada satu kenikmatan yang kak kin rasa. Mungkin berziarah dalam usia sebegini memberi erti yang cukup besar kepada kak kin.
Tiba-tiba teringat mak kak kin dulu (kini allahyarham), dari muda sampai keakhir hayat suka benar berjalan, tak kiralah rumah kawan-kawan dia, saudara-mara, rumah orang sakit, rumah orang nak pergi Mekah, rumah orang anak mereka nak pergi 'U', rumah orang anak mereka nak baru masuk kerja(posting) dan sebagainya. Bahkan beberapa tahun terakhir hayatnya, walaupun tidak dapat berjalan, masih lagi 'berjalan'. Kadang-kadang kak kin adik beradik heran sangat. Ingat lagi masa nak melangkah ke rumah sasaran dia akan kata 'nak gi tengok......' dan bila balik dari ziarah anak orang nak pergi study U/Maktab/mula kerja dia akan kata ' biarlah anak aku jadi macam tu...' , kalau habis ziarah orang sakit pula dia akan kata.. 'biarlah dia selamat' dan lain-lain perkataan yang berbentuk doa dan peringatan untuk diri dia dan yang mendengarnya. Cukuplah cerita allahyarham mak kak kin dengan rajin berjalan dia tu..... Kini kak kin dan adik berdik dah rasa tempiasnya, kak kin syukur sangat kerana mungkin dengan doa dan berkat ziarah nya telah terhasil sebigini.

Friday, March 23, 2007

Bencana Alam - Latihan Minda Mengingati Allah

Akhir-akhir Kak kin perhati banyak sangat bencana alam, tanah runtuh, gempa bumi, 'banjir termenung' dan sebagainya. Semuanya merisaukan, menggerunkan dan menakutkan. Masa kecil-kecil dan masa remaja dulu Kak Kin tak dengar pun bencana alam yang pelik begini. Kalau ada pun banjir, air sungai "mmenuhh", jalan tak boleh lalu, rumah dinaiki air saja atau hanya melihat kejadian gempa bumi yang berlaku di luar negara melalui TV hitam putih. Tak tahulah pulak kalau maklumat tu tak sampai pada Kak Kin.

Kini, sejak kerap berlaku bencana alam ni, lalu setiap kali bencana alam berlaku, teringat Kak Kin pada salah satu tazkirah yang ustaz bagi, sesungguhnya bencana alam itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir.

Terbaru, semalam 22.3.07 tanah runtuh di Presint 9 Putrajaya, walau apa pun alasannya, dari pihak mana sekalipun, berbekalkan fakta masing-masing, yang akhirnya boleh diterima awam, kak kin rasa alasan yang paling konkrit adalah bila Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Memiliki berfirman 'Kun fa yakun' maka jadilah runtuhan di Putrajaya(salah satu contoh) itu supaya hamba Allah dapat berfikir. Mudah-mudahan kejadian ini menjadi sumber berfikir asalnya segala keajaiban yang berlaku ini.

Banyak lagi kejadian yang berlaku diluar jangkaan manusia, terutamanya apabila dilengkapi dengan kecanggihan manusia tetapi bila Allah kata ranap maka ranaplah ia.
Mungkin segalanya boleh di simpulkan kepada kata-kata yang selalu menjadi penutup bicara iaitu 'kiamat semakin dekat...'

Wednesday, March 21, 2007

Alam Semulajadi dan Jenama


Petang semalam balik dari kerja kak kin dijemput oleh hubby, buka pintu kereta, bau harum menyusuk hidung terus menyamankan suasana. Kurang sedikit tension dengan kerenah di pejabat. Kak Kin dah biasa jugak dengan bau ni iaitu wangian bunga cempaka kuning. Di samping tu kak kin nampak ada juga bunga kenanga yang menambah-nambah lagi wangiannya. Hubby kak kin beritahu, dia ambil bunga tu dari pokok bunga tepi sungai yang kami susur semasa perjalanan pergi dan pulang dari kerja. Thank you hubby... kerana memahami kesukaanku. Salah satu sebab kak kin suka adalah haruman asli(termasuk daun pandan, daun limau purut, serai wangi dll.) ini amat menyenangkan, kak kin rasa ini adalah salah satu terapi yang paling baik bagi wanita yang lesu. Itulah kelebihan ciptaan All swt., sejauhmana ketinggian teknologi kita megeluarkan harum-haruman yang banyak di pasaran tidak dapat menandingi ketinggian ciptaan Allah, maha suci Allah Yang Maha Agong.

Hubby kak kin cerita lagi, masa di kawasan apartment tadi dia terserempak dengan 3 orang siswi kolej yang berjenama Islam, seorang pakai seluar sekerat, 2 lagi pakai jean ketat masing-masing dengan baju sendat dan singkat serta kepala tidak bertutup, bertakbir hubby kak kin bila meihat keadaan itu, ada jenama Islam tapi produknya jauh dari Islam sebenar. Mungkinkah suatu hari nanti masyarakat sudah tidak pandang langsung dengan apa2 jenama Islam. Nauzubillah... Ya Allah ampunilah dosa-doaku...

Malamnya kak kin sambung baca buku Ilmu Rawatan Rabbani, Bab Penyakit akibat dari jin dan syaitan. Mereka ganggu umat Muhammad saw dalam 2 bentuk, pertama guna sihir, Sihir disampaikan kepada mangsa dengan menggunakan ahli sihir(manusia), secara zahirnya kita nampak manusia khianati manusia. Pengkhianat tu adalah ahli sihir akan menggunakan syaitan/jin untuk memusnahkan mangsa.

Keduanya mereka(syaitan/jin) akan ganggu setiap masa dan ketika walau dalam apa keadaan sekalipun, ketika tidur, makan, menangis, ketawa, ber'dating' dan sebagainya.

Ekoran bab itu bab seterusnya memberi peringatan kepada kita supaya ada perlindungan(orang Melayu sebut pendinding) diri kita di setiap masa. Pendinding yang paling mujarab adalah dengan ayat-ayat Allah. Kita kena berusaha untuk sebatikan diri kita dengan ayat-ayat Allah. Insyaallah ianya akan menjadikan diri kita kebal dari makhluk halus.

Kami Mohon Perlindunganmu Ya Allah.

Tuesday, March 20, 2007

Perang Saraf - Melekakan Minda Umat Islam

Semalam Kak Kin pergi satu majlis ilmu. Kak Kin ada sedikt input untuk di kongsi bersama.

Di antara yang kak kin boleh ingat ialah ustaz itu mengisahkan bahawa di zaman kegemilangan sahabat dulu ada seorang sahabat bernama Abdullah Umar (anak Sy. Umar Al-Khattab r.an). Beliau seorang yang wara' dan menjadi pakar rujuk di zamannya.

Suatu ketika di musim haji, datang bakal-bakal haji dari Iraq. Diketika itu, di Iraq hangat dengan isu pembunuhan Sy. Hassan dan Sy. Hussin cucunda Rasulullah oleh musuh-musuh Islam.

Lelaki tersebut datang berjumpa dengan Abdullah bin Umar untuk bertanyakan berkenaan dengan apakah hukum darah nyamuk yang terkena pada kain Ihramnya, sah atau tidak beribadat di dalam keadaan tersebut. Mereka langsung tidak memikirkan atau menanyakan samada darah Hassan atau Hussin yang dibunuh oleh orang kafir itu halal atau haram??.

Berdasarkan kisah ini Dr. Yusuf Al-Qardawi membuat kesimpulan bahawa sepatutnya sikap yang perlu ada pada seorang muslim adalah "Hanya berbincang dalam isu-isu besar, jangan sesekali berbincang perkara-perkara yang kecil" apatah lagi memperbesarkan perkara-perkara yang kecil. Di salah satu kitab fiqhnya juga Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan haram berbicara isu-isu yang remeh-temeh disaat ada masalah-masalah besar melanda umat Islam. Di antara masalah besar yang ujud terhadap umat Islam ketika ini dan sepatutnya menjadi perbincangan hebat adalah;

i. Kemunduran Ekonomi Umat Islam.
ii. Serangan Barat yang berleluasa terhadap umat Islam
iii. Serangan Zionis terhadap umat Islam
iv. Orang barat berusaha bermati-matian untuk menarik umat Islam melaksanakan cara hidup mereka.
v. Umat Islam berada di dalam keadaan lemah untuk mengembalikan kehidupan mereka ke arah kehidupan khalifah.

Pesanan untuk diri Kak Kin dan semua saudara se islam adalah kita mesti bijaksana menentukan manakah isu yang remeh temeh dan manakah isu yang besar untuk dibincang dan ditangani.

Wallahu'alaum

Nota: Kalau salah fakta, berpunca dari salah faham kak kin, mohon pengunjung membuat komen.

Monday, March 19, 2007

Buku Baru


Hari ini mula baca buku baru... Tajuknya Ilmu Rawatan Rabbahni, buku ni Kak Kin beli 2 hari sudah, setakat ni belum habis bab 1, nampaknya interesting jugak... bilala nak habis gamaknya.
Setakat yang Kak Kin tengok sepintas lalu di antara topik-topiknya menceritakan perangai syaitan ni memang tak berhenti-henti mengacau manusia, Kak Kin ingat, kita ni dikala berperangai buruk tu memang syaitan dah 'take part' dalam hidup kita. Kita kena hindarilah dari syaitan.
Harapnya janganlah seperti yang sebelum ni, baca separuh jalan, tinggal, kemudian beli buku baru, perkara yang sama berulang..... doakan kak kin dapat khatam buku ni.

Baru Habis Kelas Mengaji

Tengahari tadi (waktu lunch), baru habis kelas mengaji, hari baca surah Al-nghosiah, lepaslah. Adalah teguran dari ustaz beberapa tempat yang dirasakan belum sempurna. Hari ni tak ramai ahli kelas yang datang, ahli yang lain ada hal agaknya.