Wednesday, March 21, 2007

Alam Semulajadi dan Jenama


Petang semalam balik dari kerja kak kin dijemput oleh hubby, buka pintu kereta, bau harum menyusuk hidung terus menyamankan suasana. Kurang sedikit tension dengan kerenah di pejabat. Kak Kin dah biasa jugak dengan bau ni iaitu wangian bunga cempaka kuning. Di samping tu kak kin nampak ada juga bunga kenanga yang menambah-nambah lagi wangiannya. Hubby kak kin beritahu, dia ambil bunga tu dari pokok bunga tepi sungai yang kami susur semasa perjalanan pergi dan pulang dari kerja. Thank you hubby... kerana memahami kesukaanku. Salah satu sebab kak kin suka adalah haruman asli(termasuk daun pandan, daun limau purut, serai wangi dll.) ini amat menyenangkan, kak kin rasa ini adalah salah satu terapi yang paling baik bagi wanita yang lesu. Itulah kelebihan ciptaan All swt., sejauhmana ketinggian teknologi kita megeluarkan harum-haruman yang banyak di pasaran tidak dapat menandingi ketinggian ciptaan Allah, maha suci Allah Yang Maha Agong.

Hubby kak kin cerita lagi, masa di kawasan apartment tadi dia terserempak dengan 3 orang siswi kolej yang berjenama Islam, seorang pakai seluar sekerat, 2 lagi pakai jean ketat masing-masing dengan baju sendat dan singkat serta kepala tidak bertutup, bertakbir hubby kak kin bila meihat keadaan itu, ada jenama Islam tapi produknya jauh dari Islam sebenar. Mungkinkah suatu hari nanti masyarakat sudah tidak pandang langsung dengan apa2 jenama Islam. Nauzubillah... Ya Allah ampunilah dosa-doaku...

Malamnya kak kin sambung baca buku Ilmu Rawatan Rabbani, Bab Penyakit akibat dari jin dan syaitan. Mereka ganggu umat Muhammad saw dalam 2 bentuk, pertama guna sihir, Sihir disampaikan kepada mangsa dengan menggunakan ahli sihir(manusia), secara zahirnya kita nampak manusia khianati manusia. Pengkhianat tu adalah ahli sihir akan menggunakan syaitan/jin untuk memusnahkan mangsa.

Keduanya mereka(syaitan/jin) akan ganggu setiap masa dan ketika walau dalam apa keadaan sekalipun, ketika tidur, makan, menangis, ketawa, ber'dating' dan sebagainya.

Ekoran bab itu bab seterusnya memberi peringatan kepada kita supaya ada perlindungan(orang Melayu sebut pendinding) diri kita di setiap masa. Pendinding yang paling mujarab adalah dengan ayat-ayat Allah. Kita kena berusaha untuk sebatikan diri kita dengan ayat-ayat Allah. Insyaallah ianya akan menjadikan diri kita kebal dari makhluk halus.

Kami Mohon Perlindunganmu Ya Allah.

No comments: