Sunday, June 17, 2007

Tak tahan lasak lagi....

Semalam hari Ahad Kak Kin dan serta kawan-kawan se jemaah menjalankan satu aktiviti riadah, di salah satu hutan lipur di pinggir ibukota. Program 1 hari 1 malam tu, padat sungguh. Pandai sungguh perancangnya yang kebanyakannya muda2 belaka. Kak Kin nampak urusetia programnya... wah...wah.. muda lagi.... dalam hati berkata-kata... macam mana nak ikut program mereka ni.

Tempatnya bagus untuk mereka yang nak melasakkan diri ... apalagi pesertanya adalah mereka-mereka yang mendiami kawasan 'kota metropolitan', asyik bergelumang dengan debu-debu hitam pekat kotaraya. Bunyi desiran air terjun dari sungai yang berhampiranan dikuti dengan hujan yang turun di malam yang lewat itu, seolah-olah menolong menjayakan objektif perancang program iaitu ' melahirkan peserta yang tahan lasak'. Lagi seronok depa nak belasah kita la ni.......

Peserta terpaksa akur dengan keadaan penginapan yang jauh berbeza dari keselesaan yang dialami di rumah sendiri di ibukota. Pada malamnya selain dari acara biasa, taaruf dsbgnya, peserta di acarakan dengan program 'night work'. Semasa program ni... peserta dikehendaki berjalan merentas hutan, jam 1.00 pagi (gelap dan hujan sikit2) mengikuti kumpulan gabungan antara anak2 muda dan kakak pertengahan umur. Makcik2 yang datang ramai menarik diri, kerana hujan yang merubah keadaan, yalah nak panjat bukit, nak harungi anak sungai dalam gelap pekat, risau jugak. Kak kin dan kawan-kawan tak ikut serta (kak kin dah masuk gol. makcik2). Lagipun kak kin dah biasa ikut program begini masa muda2 dulu. Kami hanya doakan keselamatan mereka sepanjang pemergian. Dan akhirnya mereka selamat kembali jam 2.30 pagi.

Pagi esoknya ada lagi program 'river tracking' - berjalan dalam sungai lawan arus. Kak Kin tengok sungai tu banyak batu, besar2 lagi... ayo...... lepas tu ada banyak pula check pointnya... lagi sekali Kak Kin tak berani. Kak Kin ingat 'instaructur' kak kin dulu kata, kalau nak ikut program begini, jangan sampai menysahkan orang. Kak Kin ni tak kuat macam dulu, yalah dah tua.... Kak Kin berendam jerlah... best jugak kan....

Bila mereka balik, nampaklah mereka letih, lebih2 lagi yang dah 'baya-baya', ada yang ngadu sakit paha, sakit lutut, sakit punggung, terjatuh atas batu dsbgnya. Anak2 remaja pun ada juga... tapi muka tetap ceria... bagus......

Bagaimanapun... Kak Kin ucapkan tahniah kepada pengajur dan peserta program ini.... 'best' walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Mudah-mudah akan lahirkan kawan-kawan Kak Kin yang tahan lasak untuk apa2 program yang lasak-lasak nanti...

Thursday, June 7, 2007

SELEPAS BERCUTI PANJANG

Assalamu'alaikum,

Hari ni baru Kak Kin rasa lega dan sempat jenguk blog selepas bercuti panjang. Hampir seminggu jugaklah Kak Kin bercuti. Seperti sedia maklumlah kalau lepas bercuti tu, lambakan tugas dipejabat dan lain-lain tugas rutin yang terpaksa dibereskan. Belum lagi buka planner mungkin ada juga catatan tugasan menanti. Alhamdulillah sepanjang percutian - puas hati - walaupun ada agenda yang dirancang tak sempat dilaksanakan.

Sebenarnya Kak Kin bercuti sambil 'bekerja', ya lah dalam masa yang sama Kak Kin menghadiri Himpunan Tahunan salah satu NGO yang Kak Kin sertai, tempatnya di negeri tanah tumpah Kak Kin. Kebetulan pula Kak Kin merupakan salah seorang yang dilantik menjadi perwakilan organisasi tersebut. Suami Kak Kin bersedia menemani Kak Kin 'bercuti sambil berkerja' kali ni. 'Thank you hubby', itulah ayat keramat yang Kak Kin boleh ucapkan kepada suami. Sesungguhnya pengorbanan dan sokonganmu yang tak sudah-sudah memudahkan seni perjalanan hidupku.

Sepanjang program yang Kak Kin hadiri banyak ucapan2 perwakilan yang menyentuh keadaan minda masyarakat hari ini. Pihak pimpinan mengingatkan supaya berusaha bersungguh2 untuk mengubah keadaan tersebut. Perwakilan sebagai peneraju perubahan minda perlu berusaha keras untuk mencapai target yang diimpikan. Beberapa strategi perlu dirangka dan dilaksanakan. Proses perlaksanaan kearah itu mesti teliti, berhati-hati, memahami dan menyesuaikannya dengan realiti. Perawakilan tidak boleh memandang sesuatu kes secara sepintas lalu dan terus membuat kesimpulan atau keputusan. Kajian yang terinci perlu dilaksanakan. Percubaan demi percubaan perlu dibuat, bukan setakat lihat dari jauh, toleh kiri kanan terus buat laporan begitu-begini. Maknanya tak boleh kata 'di sini susah', 'di sana tak boleh', 'begini bahaya', 'begitu tak berjaya' sebelum turun laksanakan. Satu contoh yang menarik yang ditunjukkan ialah bila mereka 'turun padang' di satu kawasan yang subur dengan pelacuran, di tengah bandaraya K. Lumpur(mengikut pandangan awam). Masyarakat di situ nampaknya tidaklah terlalu 'cuak' untuk berjumpa dengan 'kita2' asalkan kita pergi mengunjungi mereka. Jadinya kalau komuniti yang lain 'no problemlah'. Wah... nampaknya satu tugasan menanti kami...

Dalam ucapan balas perwakilan pula kak kin tertarik dengan satu ucapan perwakilan Kuala Lumpur(sama ngan Kak Kin la tu). Di antara ucapannya ialah sebagai penggerak minda masyarakat ni, kita kena bersedia untuk 'UNLearn', 'TOLearn' dan 'RELearn'. Juga kita tidak boleh bersikap 'egoistik' atau 'ananiah', hindarkan sikap hanya kita boleh tegur orang, orang tak boleh tegur kita. Payah jugak ya.......


Seterusnya, beberapa perwakilan lain yang Kak Kinah ikut ucapan mereka semuanya menarik. Di antaranya seorang ustaz terkemuka bagi ingatan pada kita kalau pergi mana-mana pun ingat falsafah penyapu lidi. Kalau bilah lidi kelapa satu sahaja tak boleh nak buat penyapu, tapi kalau banyak dan diikat dengan kuat..... perompak dan penyamun pun boleh kita bantai dengan bilah lidi. Ustaz juga mengingatkan bahawa hadis 'kambing yang terpisah dari kumpulannya lebih senang dibaham oleh serigala berbanding dengan sekelompok kambing di padang ragut'. Jadi-nya kalau ke mana-mana sekalipun, kita mesti berada di dalam satu oraganisasi.... walau di mana kita dicampakkan kita kena cari jemaah. JANGAN ADA ALASAN; 'SUSAH KALAU JAUH DARI KAWAN/KELUARGA'. Kalau kita seorang2 kita duduk diam dalam kotak kita sahaja makin lama makin layu, seterusnya akan lenyap.....

Satu lagi masa akhir ucapan pimpinan, Kak Kin tertarik dengan ucapan presiden....katanya Rasul-rasul Allah dari nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w dijadikan sebagai pendakwah yang juga ahli politik. Sebab katanya semua Rasul adalah pemimpin kaum di zaman mereka. Rasul-rasul tersebut akan berdakwah sehingga boleh memerintah wilayah yang diduduki oleh mereka dan kaum tersebut. Ambil contoh Nabi Sulaiman a.s, Dia menjadi Raja dizaman nya, menajdi pemerintah kepada kaum dizamanya, membuat hubungan diplomatik dengan Puteri Balqish. Ha Politik la namanya tu.... Begitu jugak dengan Nabi kita... berdakwah punya berdakwah.... untuk kelaurga, kaum kerabat, membentuk negara, menakluk negara lain, membuat hubungan dengan negara luar dan..., dan... politik lah tu.....macam mana nak kata kita tak mahu campur dengan politik. Kena berpolitikla- sebab nabi pun bepolitik.

Kesemua mereka telah di programkan oleh Allah terlibat dengan politik dan sebagai umatnya jalan manakah lagi yang boleh diikuti..... Teringat Kak Kin dulu Kak Kin pun tak minat politik dan kak kin faham bila orang kata tak minat politik, tak mahu campur politik, sebab mereka tak faham lagi!!!

Mudah-mudahan mereka dan kita semua akan faham......