Friday, March 23, 2007

Bencana Alam - Latihan Minda Mengingati Allah

Akhir-akhir Kak kin perhati banyak sangat bencana alam, tanah runtuh, gempa bumi, 'banjir termenung' dan sebagainya. Semuanya merisaukan, menggerunkan dan menakutkan. Masa kecil-kecil dan masa remaja dulu Kak Kin tak dengar pun bencana alam yang pelik begini. Kalau ada pun banjir, air sungai "mmenuhh", jalan tak boleh lalu, rumah dinaiki air saja atau hanya melihat kejadian gempa bumi yang berlaku di luar negara melalui TV hitam putih. Tak tahulah pulak kalau maklumat tu tak sampai pada Kak Kin.

Kini, sejak kerap berlaku bencana alam ni, lalu setiap kali bencana alam berlaku, teringat Kak Kin pada salah satu tazkirah yang ustaz bagi, sesungguhnya bencana alam itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir.

Terbaru, semalam 22.3.07 tanah runtuh di Presint 9 Putrajaya, walau apa pun alasannya, dari pihak mana sekalipun, berbekalkan fakta masing-masing, yang akhirnya boleh diterima awam, kak kin rasa alasan yang paling konkrit adalah bila Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Memiliki berfirman 'Kun fa yakun' maka jadilah runtuhan di Putrajaya(salah satu contoh) itu supaya hamba Allah dapat berfikir. Mudah-mudahan kejadian ini menjadi sumber berfikir asalnya segala keajaiban yang berlaku ini.

Banyak lagi kejadian yang berlaku diluar jangkaan manusia, terutamanya apabila dilengkapi dengan kecanggihan manusia tetapi bila Allah kata ranap maka ranaplah ia.
Mungkin segalanya boleh di simpulkan kepada kata-kata yang selalu menjadi penutup bicara iaitu 'kiamat semakin dekat...'

No comments: