Wednesday, March 28, 2007

Ziarah Saudara

Petang Jumaat (23.3) lepas ofis, kak kin dan suami terus bertolak ke Ipoh, sempat singgah makan di restoren jejambat Sg. Buloh, First time singgah di situ, selalu dengar cerita saja, lepas makan ala kadar, perjalanan diteruskan dengan tujuan pertamanya ziarah adik Kak Kin, adik kak kin nak pergi umrah pada 31hb. Mac nanti, jadi dalam siri ziarah ni kak kin ambil kesempatan ziarah dia, teringat mak lah pulak, maklumlah kami 2 beradik saja perempuan. Tiba dah agak malam, letih, tak sempat sangat nak pesan apa-apa untuk mantapkan ibadahnya nanti, borak hal2 keluarga sahaja.

Besoknya pagi2 lagi kak kin dan suami di bawa oleh adik ipar(yang bertugas di situ)ziarah salah satu wad di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan(wad sakit mental) dapatlah kami tengok penghuni wad. Dari luar lagi dah bermacam-macam bunyi boleh dengar, menjerit, meraung dan macam-macam lagi. Bila masuk dalam wad, kebanyakan penghuninya muda2 lagi. Terdetiknya rasa sayang pemuda-pemuda Islam dah jadi macam tu, ada yang kali ke 10 masuk wad ni. Macam-macam cerita dan berebut-rebut mereka nak cerita pada suami kak kin, kalau di layan tak sudah jadinya. Kak Kin tengok suami kak kin macam terkesima, apa yang ada dalam fikirannya pun kak kin tak dapat agak, mungkin bersyukur agaknya kami diselamatkan oleh Allah dari terkena penayakit yang begitu. Sementara ronda-ronda kawasannya yang keluasannya lebih 15 ekar tu adik ipar kak kin beritahu ada juga yang buat-buat 'tak betul' untuk mengelak dari dikenakan hukuman oleh mahkamah, ada juga mereka yang jaga pesakit ni di 'bantai' oleh pesakit mereka, macam-macam lagilah.... seronok jugalah dengar, sebab inilah kali pertama dapat mendekati keadaan sebegini.

Seterusnya kak kin dengan suami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, ziarah anak saudara suami bersalin, Alhamdulillah anak dan ibu sihat walafiat (baby girl). Sempat suami kak kin 'belah mulut' baby, minta 'bapa' dia belikan buah kurma, kismis, air zam-zam untuk laksanakan sunnah tersebut. Bertambahlah umat Nabi Muhammad di dunia ni, mudah-mudahan menjadi umat yang bermutu.... Sebab di akhir zaman ni umat Muhammad ramai, tetapi seperti buih-buih dilautan, terus hanyut dan pecah dibawa ombak.

Tengaharinya, kami ziarah kubur allayarham emak suami kak kin. Di sana sempatlah baca tahlil dan doa untuk nya (Kak Kin tak sempat berjumpa dengannya).Semuga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah swt. Dengar cerita allahyarham seorang yang baik, menolong orang dengan sedaya mungkin. Ramai yang masih terasa kehilangannya walaupun lebih 15 tahun pemergiaannya.

Selepas itu kak kin teruskan perjalanan ke Sungai Petani, rumah kakak suami, macam biasalah, borak, borak dan borak dengan hal-hal keluarga. Tidur di sana semalam dah lepaslah rindu suami kak kin pada dia orang.

Esoknya selepas sarapan dan sambung borak-borak, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Semasa perjalanan balik memang dah rancang untuk singgah di beberapa tempat.
Mulanya singgah di Nibong Tebal, ziarah kubur allayarham sahabat suami kak kin, baca tahlil dan doa untuknya. Allahyarham muda lagi belum sampai 50 lagi, dah pergi, dengar juga suami kak kin bisikkan, "kami pun akan menyusul juga nanti", yalah mati tak kira siapa, bila Allah panggil, kita pergilah mengadapnya. Masa duduk tahlil tu, kak kin terasa kalaulah arwah-arwah di dalam kubur boleh bangkit dan beritahu, mereka pasti beritahu, supaya buatlah persediaan menemui kematian, buatlah baik sesama insan, dekatilah diri dengan Allah, jangan buang masa untuk berjihad dijalan Allah dan macam-macam lagi. Terasa kedengaran suara-suara tu, me-re-mang bu-lu ro-ma. Ya Allah kalau umur kami panjang tunjukilah kami untuk mengisinya dengan segala kebaikan yang diredhai olehMu.

Seterusnya di Taiping, singgah ziarah saudara yang kematian suami. Suaminya meninggal 3 minggu yang lalu, kami dimaklumkan 3 hari selepas kematiannya. Hari ni baru sempat ziarah isteri dan anak-anaknya. Selepas mendengar sekitar kisah-kisah kematiannya dan memberi sedikit sebanyak motivasi kepada isterinya, kami ke restoran Doli Kue Tiaw. Kuey Tiaw dia memang sedap, terkenal sehingga ke Kuala Lumpur. Doli ni berniaga dari gerai pacak hinggalah sekarang dah mempunyai restoran yang munggkin tercanggih di Taiping. Kami order Nasi Ayam dan Kuew Tiaw Goreng, terlebih la pulok, tapi kami boleh habiskan, taklah membazir. Kalaulah berkunjung ka Taiping tu bolehlah singgah di Doli Kuew Tiaw ni.

Sebelah petang dengan rasa lesu tapi puas, tibalah di Kuala Lumpur. Alamak!! esok kena kursus di Putra Jaya.

No comments: