Wednesday, March 28, 2007

Ziarah Saudara

Petang Jumaat (23.3) lepas ofis, kak kin dan suami terus bertolak ke Ipoh, sempat singgah makan di restoren jejambat Sg. Buloh, First time singgah di situ, selalu dengar cerita saja, lepas makan ala kadar, perjalanan diteruskan dengan tujuan pertamanya ziarah adik Kak Kin, adik kak kin nak pergi umrah pada 31hb. Mac nanti, jadi dalam siri ziarah ni kak kin ambil kesempatan ziarah dia, teringat mak lah pulak, maklumlah kami 2 beradik saja perempuan. Tiba dah agak malam, letih, tak sempat sangat nak pesan apa-apa untuk mantapkan ibadahnya nanti, borak hal2 keluarga sahaja.

Besoknya pagi2 lagi kak kin dan suami di bawa oleh adik ipar(yang bertugas di situ)ziarah salah satu wad di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan(wad sakit mental) dapatlah kami tengok penghuni wad. Dari luar lagi dah bermacam-macam bunyi boleh dengar, menjerit, meraung dan macam-macam lagi. Bila masuk dalam wad, kebanyakan penghuninya muda2 lagi. Terdetiknya rasa sayang pemuda-pemuda Islam dah jadi macam tu, ada yang kali ke 10 masuk wad ni. Macam-macam cerita dan berebut-rebut mereka nak cerita pada suami kak kin, kalau di layan tak sudah jadinya. Kak Kin tengok suami kak kin macam terkesima, apa yang ada dalam fikirannya pun kak kin tak dapat agak, mungkin bersyukur agaknya kami diselamatkan oleh Allah dari terkena penayakit yang begitu. Sementara ronda-ronda kawasannya yang keluasannya lebih 15 ekar tu adik ipar kak kin beritahu ada juga yang buat-buat 'tak betul' untuk mengelak dari dikenakan hukuman oleh mahkamah, ada juga mereka yang jaga pesakit ni di 'bantai' oleh pesakit mereka, macam-macam lagilah.... seronok jugalah dengar, sebab inilah kali pertama dapat mendekati keadaan sebegini.

Seterusnya kak kin dengan suami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, ziarah anak saudara suami bersalin, Alhamdulillah anak dan ibu sihat walafiat (baby girl). Sempat suami kak kin 'belah mulut' baby, minta 'bapa' dia belikan buah kurma, kismis, air zam-zam untuk laksanakan sunnah tersebut. Bertambahlah umat Nabi Muhammad di dunia ni, mudah-mudahan menjadi umat yang bermutu.... Sebab di akhir zaman ni umat Muhammad ramai, tetapi seperti buih-buih dilautan, terus hanyut dan pecah dibawa ombak.

Tengaharinya, kami ziarah kubur allayarham emak suami kak kin. Di sana sempatlah baca tahlil dan doa untuk nya (Kak Kin tak sempat berjumpa dengannya).Semuga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah swt. Dengar cerita allahyarham seorang yang baik, menolong orang dengan sedaya mungkin. Ramai yang masih terasa kehilangannya walaupun lebih 15 tahun pemergiaannya.

Selepas itu kak kin teruskan perjalanan ke Sungai Petani, rumah kakak suami, macam biasalah, borak, borak dan borak dengan hal-hal keluarga. Tidur di sana semalam dah lepaslah rindu suami kak kin pada dia orang.

Esoknya selepas sarapan dan sambung borak-borak, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Semasa perjalanan balik memang dah rancang untuk singgah di beberapa tempat.
Mulanya singgah di Nibong Tebal, ziarah kubur allayarham sahabat suami kak kin, baca tahlil dan doa untuknya. Allahyarham muda lagi belum sampai 50 lagi, dah pergi, dengar juga suami kak kin bisikkan, "kami pun akan menyusul juga nanti", yalah mati tak kira siapa, bila Allah panggil, kita pergilah mengadapnya. Masa duduk tahlil tu, kak kin terasa kalaulah arwah-arwah di dalam kubur boleh bangkit dan beritahu, mereka pasti beritahu, supaya buatlah persediaan menemui kematian, buatlah baik sesama insan, dekatilah diri dengan Allah, jangan buang masa untuk berjihad dijalan Allah dan macam-macam lagi. Terasa kedengaran suara-suara tu, me-re-mang bu-lu ro-ma. Ya Allah kalau umur kami panjang tunjukilah kami untuk mengisinya dengan segala kebaikan yang diredhai olehMu.

Seterusnya di Taiping, singgah ziarah saudara yang kematian suami. Suaminya meninggal 3 minggu yang lalu, kami dimaklumkan 3 hari selepas kematiannya. Hari ni baru sempat ziarah isteri dan anak-anaknya. Selepas mendengar sekitar kisah-kisah kematiannya dan memberi sedikit sebanyak motivasi kepada isterinya, kami ke restoran Doli Kue Tiaw. Kuey Tiaw dia memang sedap, terkenal sehingga ke Kuala Lumpur. Doli ni berniaga dari gerai pacak hinggalah sekarang dah mempunyai restoran yang munggkin tercanggih di Taiping. Kami order Nasi Ayam dan Kuew Tiaw Goreng, terlebih la pulok, tapi kami boleh habiskan, taklah membazir. Kalaulah berkunjung ka Taiping tu bolehlah singgah di Doli Kuew Tiaw ni.

Sebelah petang dengan rasa lesu tapi puas, tibalah di Kuala Lumpur. Alamak!! esok kena kursus di Putra Jaya.

Tuesday, March 27, 2007

Ziarah - Merapatkan Ukhwah, Menguatkan Iman.

Bermula Jumaat petang(23.03) hingga selasa(27.03) kak kin melaksanakan ziarah, ziarah dan ziarah. Selepas dari ziarah tu ada satu kenikmatan yang kak kin rasa. Mungkin berziarah dalam usia sebegini memberi erti yang cukup besar kepada kak kin.
Tiba-tiba teringat mak kak kin dulu (kini allahyarham), dari muda sampai keakhir hayat suka benar berjalan, tak kiralah rumah kawan-kawan dia, saudara-mara, rumah orang sakit, rumah orang nak pergi Mekah, rumah orang anak mereka nak pergi 'U', rumah orang anak mereka nak baru masuk kerja(posting) dan sebagainya. Bahkan beberapa tahun terakhir hayatnya, walaupun tidak dapat berjalan, masih lagi 'berjalan'. Kadang-kadang kak kin adik beradik heran sangat. Ingat lagi masa nak melangkah ke rumah sasaran dia akan kata 'nak gi tengok......' dan bila balik dari ziarah anak orang nak pergi study U/Maktab/mula kerja dia akan kata ' biarlah anak aku jadi macam tu...' , kalau habis ziarah orang sakit pula dia akan kata.. 'biarlah dia selamat' dan lain-lain perkataan yang berbentuk doa dan peringatan untuk diri dia dan yang mendengarnya. Cukuplah cerita allahyarham mak kak kin dengan rajin berjalan dia tu..... Kini kak kin dan adik berdik dah rasa tempiasnya, kak kin syukur sangat kerana mungkin dengan doa dan berkat ziarah nya telah terhasil sebigini.

Friday, March 23, 2007

Bencana Alam - Latihan Minda Mengingati Allah

Akhir-akhir Kak kin perhati banyak sangat bencana alam, tanah runtuh, gempa bumi, 'banjir termenung' dan sebagainya. Semuanya merisaukan, menggerunkan dan menakutkan. Masa kecil-kecil dan masa remaja dulu Kak Kin tak dengar pun bencana alam yang pelik begini. Kalau ada pun banjir, air sungai "mmenuhh", jalan tak boleh lalu, rumah dinaiki air saja atau hanya melihat kejadian gempa bumi yang berlaku di luar negara melalui TV hitam putih. Tak tahulah pulak kalau maklumat tu tak sampai pada Kak Kin.

Kini, sejak kerap berlaku bencana alam ni, lalu setiap kali bencana alam berlaku, teringat Kak Kin pada salah satu tazkirah yang ustaz bagi, sesungguhnya bencana alam itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir.

Terbaru, semalam 22.3.07 tanah runtuh di Presint 9 Putrajaya, walau apa pun alasannya, dari pihak mana sekalipun, berbekalkan fakta masing-masing, yang akhirnya boleh diterima awam, kak kin rasa alasan yang paling konkrit adalah bila Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Memiliki berfirman 'Kun fa yakun' maka jadilah runtuhan di Putrajaya(salah satu contoh) itu supaya hamba Allah dapat berfikir. Mudah-mudahan kejadian ini menjadi sumber berfikir asalnya segala keajaiban yang berlaku ini.

Banyak lagi kejadian yang berlaku diluar jangkaan manusia, terutamanya apabila dilengkapi dengan kecanggihan manusia tetapi bila Allah kata ranap maka ranaplah ia.
Mungkin segalanya boleh di simpulkan kepada kata-kata yang selalu menjadi penutup bicara iaitu 'kiamat semakin dekat...'

Wednesday, March 21, 2007

Alam Semulajadi dan Jenama


Petang semalam balik dari kerja kak kin dijemput oleh hubby, buka pintu kereta, bau harum menyusuk hidung terus menyamankan suasana. Kurang sedikit tension dengan kerenah di pejabat. Kak Kin dah biasa jugak dengan bau ni iaitu wangian bunga cempaka kuning. Di samping tu kak kin nampak ada juga bunga kenanga yang menambah-nambah lagi wangiannya. Hubby kak kin beritahu, dia ambil bunga tu dari pokok bunga tepi sungai yang kami susur semasa perjalanan pergi dan pulang dari kerja. Thank you hubby... kerana memahami kesukaanku. Salah satu sebab kak kin suka adalah haruman asli(termasuk daun pandan, daun limau purut, serai wangi dll.) ini amat menyenangkan, kak kin rasa ini adalah salah satu terapi yang paling baik bagi wanita yang lesu. Itulah kelebihan ciptaan All swt., sejauhmana ketinggian teknologi kita megeluarkan harum-haruman yang banyak di pasaran tidak dapat menandingi ketinggian ciptaan Allah, maha suci Allah Yang Maha Agong.

Hubby kak kin cerita lagi, masa di kawasan apartment tadi dia terserempak dengan 3 orang siswi kolej yang berjenama Islam, seorang pakai seluar sekerat, 2 lagi pakai jean ketat masing-masing dengan baju sendat dan singkat serta kepala tidak bertutup, bertakbir hubby kak kin bila meihat keadaan itu, ada jenama Islam tapi produknya jauh dari Islam sebenar. Mungkinkah suatu hari nanti masyarakat sudah tidak pandang langsung dengan apa2 jenama Islam. Nauzubillah... Ya Allah ampunilah dosa-doaku...

Malamnya kak kin sambung baca buku Ilmu Rawatan Rabbani, Bab Penyakit akibat dari jin dan syaitan. Mereka ganggu umat Muhammad saw dalam 2 bentuk, pertama guna sihir, Sihir disampaikan kepada mangsa dengan menggunakan ahli sihir(manusia), secara zahirnya kita nampak manusia khianati manusia. Pengkhianat tu adalah ahli sihir akan menggunakan syaitan/jin untuk memusnahkan mangsa.

Keduanya mereka(syaitan/jin) akan ganggu setiap masa dan ketika walau dalam apa keadaan sekalipun, ketika tidur, makan, menangis, ketawa, ber'dating' dan sebagainya.

Ekoran bab itu bab seterusnya memberi peringatan kepada kita supaya ada perlindungan(orang Melayu sebut pendinding) diri kita di setiap masa. Pendinding yang paling mujarab adalah dengan ayat-ayat Allah. Kita kena berusaha untuk sebatikan diri kita dengan ayat-ayat Allah. Insyaallah ianya akan menjadikan diri kita kebal dari makhluk halus.

Kami Mohon Perlindunganmu Ya Allah.

Tuesday, March 20, 2007

Perang Saraf - Melekakan Minda Umat Islam

Semalam Kak Kin pergi satu majlis ilmu. Kak Kin ada sedikt input untuk di kongsi bersama.

Di antara yang kak kin boleh ingat ialah ustaz itu mengisahkan bahawa di zaman kegemilangan sahabat dulu ada seorang sahabat bernama Abdullah Umar (anak Sy. Umar Al-Khattab r.an). Beliau seorang yang wara' dan menjadi pakar rujuk di zamannya.

Suatu ketika di musim haji, datang bakal-bakal haji dari Iraq. Diketika itu, di Iraq hangat dengan isu pembunuhan Sy. Hassan dan Sy. Hussin cucunda Rasulullah oleh musuh-musuh Islam.

Lelaki tersebut datang berjumpa dengan Abdullah bin Umar untuk bertanyakan berkenaan dengan apakah hukum darah nyamuk yang terkena pada kain Ihramnya, sah atau tidak beribadat di dalam keadaan tersebut. Mereka langsung tidak memikirkan atau menanyakan samada darah Hassan atau Hussin yang dibunuh oleh orang kafir itu halal atau haram??.

Berdasarkan kisah ini Dr. Yusuf Al-Qardawi membuat kesimpulan bahawa sepatutnya sikap yang perlu ada pada seorang muslim adalah "Hanya berbincang dalam isu-isu besar, jangan sesekali berbincang perkara-perkara yang kecil" apatah lagi memperbesarkan perkara-perkara yang kecil. Di salah satu kitab fiqhnya juga Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan haram berbicara isu-isu yang remeh-temeh disaat ada masalah-masalah besar melanda umat Islam. Di antara masalah besar yang ujud terhadap umat Islam ketika ini dan sepatutnya menjadi perbincangan hebat adalah;

i. Kemunduran Ekonomi Umat Islam.
ii. Serangan Barat yang berleluasa terhadap umat Islam
iii. Serangan Zionis terhadap umat Islam
iv. Orang barat berusaha bermati-matian untuk menarik umat Islam melaksanakan cara hidup mereka.
v. Umat Islam berada di dalam keadaan lemah untuk mengembalikan kehidupan mereka ke arah kehidupan khalifah.

Pesanan untuk diri Kak Kin dan semua saudara se islam adalah kita mesti bijaksana menentukan manakah isu yang remeh temeh dan manakah isu yang besar untuk dibincang dan ditangani.

Wallahu'alaum

Nota: Kalau salah fakta, berpunca dari salah faham kak kin, mohon pengunjung membuat komen.

Monday, March 19, 2007

Buku Baru


Hari ini mula baca buku baru... Tajuknya Ilmu Rawatan Rabbahni, buku ni Kak Kin beli 2 hari sudah, setakat ni belum habis bab 1, nampaknya interesting jugak... bilala nak habis gamaknya.
Setakat yang Kak Kin tengok sepintas lalu di antara topik-topiknya menceritakan perangai syaitan ni memang tak berhenti-henti mengacau manusia, Kak Kin ingat, kita ni dikala berperangai buruk tu memang syaitan dah 'take part' dalam hidup kita. Kita kena hindarilah dari syaitan.
Harapnya janganlah seperti yang sebelum ni, baca separuh jalan, tinggal, kemudian beli buku baru, perkara yang sama berulang..... doakan kak kin dapat khatam buku ni.

Baru Habis Kelas Mengaji

Tengahari tadi (waktu lunch), baru habis kelas mengaji, hari baca surah Al-nghosiah, lepaslah. Adalah teguran dari ustaz beberapa tempat yang dirasakan belum sempurna. Hari ni tak ramai ahli kelas yang datang, ahli yang lain ada hal agaknya.

Sunday, March 18, 2007

Salam perkenalan

Assalamu'alaikum

Selamat bertemu di alam siber, muga Allah memberi kesempatan kepada kita semua untuk bertukar-tukar fikiran demi untuk mencari keredhaan Allah.