Tuesday, March 20, 2007

Perang Saraf - Melekakan Minda Umat Islam

Semalam Kak Kin pergi satu majlis ilmu. Kak Kin ada sedikt input untuk di kongsi bersama.

Di antara yang kak kin boleh ingat ialah ustaz itu mengisahkan bahawa di zaman kegemilangan sahabat dulu ada seorang sahabat bernama Abdullah Umar (anak Sy. Umar Al-Khattab r.an). Beliau seorang yang wara' dan menjadi pakar rujuk di zamannya.

Suatu ketika di musim haji, datang bakal-bakal haji dari Iraq. Diketika itu, di Iraq hangat dengan isu pembunuhan Sy. Hassan dan Sy. Hussin cucunda Rasulullah oleh musuh-musuh Islam.

Lelaki tersebut datang berjumpa dengan Abdullah bin Umar untuk bertanyakan berkenaan dengan apakah hukum darah nyamuk yang terkena pada kain Ihramnya, sah atau tidak beribadat di dalam keadaan tersebut. Mereka langsung tidak memikirkan atau menanyakan samada darah Hassan atau Hussin yang dibunuh oleh orang kafir itu halal atau haram??.

Berdasarkan kisah ini Dr. Yusuf Al-Qardawi membuat kesimpulan bahawa sepatutnya sikap yang perlu ada pada seorang muslim adalah "Hanya berbincang dalam isu-isu besar, jangan sesekali berbincang perkara-perkara yang kecil" apatah lagi memperbesarkan perkara-perkara yang kecil. Di salah satu kitab fiqhnya juga Dr. Yusuf Al-Qardawi menyatakan haram berbicara isu-isu yang remeh-temeh disaat ada masalah-masalah besar melanda umat Islam. Di antara masalah besar yang ujud terhadap umat Islam ketika ini dan sepatutnya menjadi perbincangan hebat adalah;

i. Kemunduran Ekonomi Umat Islam.
ii. Serangan Barat yang berleluasa terhadap umat Islam
iii. Serangan Zionis terhadap umat Islam
iv. Orang barat berusaha bermati-matian untuk menarik umat Islam melaksanakan cara hidup mereka.
v. Umat Islam berada di dalam keadaan lemah untuk mengembalikan kehidupan mereka ke arah kehidupan khalifah.

Pesanan untuk diri Kak Kin dan semua saudara se islam adalah kita mesti bijaksana menentukan manakah isu yang remeh temeh dan manakah isu yang besar untuk dibincang dan ditangani.

Wallahu'alaum

Nota: Kalau salah fakta, berpunca dari salah faham kak kin, mohon pengunjung membuat komen.

No comments: