Thursday, April 3, 2008

Kemana Menghilang

Assalamu'alaikum,

Kak Kin rasa macam janggal pulak nak kembali menulis ke dalam blog ni setelah lebih 6 bulan menghilang. Memang susah sebenarnya hendak memulakan sesuatu yang telah lama kita tinggal ni.... Kak Kin ingat lagi masak awal-awal mula menunaikan solat dulu, nenek Kak Kin akan monitor betul-betul agar Kak Kin tunaikan solat mengikut waktu, padahal waktu itu kalau tak solat pun tak adalah berdosa.. kecil lagi... kadang-kadang ada juga Kak Kin 'menjawab' leteren nenek bila dia beriya-iya suruh solat, Kak Kin kata
'ari tu tok haji kata budak kecik tak semaye tak pa lagi'..... banyak kali Kak Kin lawan cakap nenek - tok aji tu adalah imam/ustaz yang akan baca kitab pada penduduk kampung yang datang berjemaah di surau, Kak Kin suka ikut nenek ke surau dan dengar tok haji tu baca kitab. Nenek Kak Kin tak peduli dia akan pastikan Kak Kin solat, dia akan berdiri tepi Kak Kin dengan tongkat dia hingga Kak Kin solat. Lepas solat dia kata, kalau mu tinggal semaye sekali, mu nak tinga lagi waktu lain, pah tu tinga lagi, pah tu tinga lagi, lama-lama besa tinga... lepah tu nak mula balik... payoh la........jadi malah... bebal... (Kalau kamu tinggal solat satu waktu, kamu akan tinggal lagi waktu lain dan seterusnya dah biasa tinggal dan akan rasa berat untuk memulakan mengerjakan solat sperti sebelumnya).

Ha.. bila dah 35 tahun berlalu... baru teori nenek Kak Kin yang bertongkat saban petang untuk berjemaah ke surau nampak kebenarannya..... bila dah lama tak tulis dalam blog, punyala susah nak menulis balik. Itulah yang dikatakan salah sifat untuk orang berjaya dalam semua lapangan yang dia jalani mestilah bersifat ISTIQAMAH... komited dengan apa yang dilaksanakan. Kalau tengok Rasulullah dan sahabatnya sangat tinggi sifat istiqamahnya semasa mereka menyebarkan dakwah islam sehingga terbentuknya empayar Islam. Yah...Kak Kin dah mula kenal salah satu sifat dalam diri kak kin ni tak berapa istiqmahla...... insyallah kak kin harap lepas ni cuba untuk.......... tengoklah....