Tuesday, July 17, 2007

Beberapa rangkai kata menyentak lamunan

Sejak akhir-akhir ni, Kak Kin jarang menjengok blog sendiri, mahupun boog tulisan blogger lain yang Kak Kinah minat. Kesibukan membatasi waktu yang biasa Kak Kin habiskan untuk itu.

Beberapa hari lepas, Kak Kin ada mesyuarat di Pejabat, antara Pengarah dengan staff. Hadir sama Pen. Pengarah yang baru melaporkan diri. Setelah berjam-jam mesyuarat(macam biasa, mesyuarat tak ada kawalan masa) Pen. Pengarah yang baru membuat peringatan bahawa pegawai lelaki mesti melengkapkan pakaian mereka dengan 'neck-tie', Kak Kin dah biasa dengar ingatan yang boleh dikatakan bertalu-talu juga-lah, tetapi dihujung kata-katanya beliau mengatakan 'macam mana kita nak membuatkan orang rasa kita tinggi, sedangkan diri kita tidak meninggikannya. Kak Kin tersentak sikit, dari sikap buat tak-tahu tadi. Betul juga kan sebelum orang lain tinggikan diri kita, kita perlu jaga supaya kita ditinggikan. Sebab sebagai pendakwah kita perlu menjaga supaya mad'u kita memandang tinggi kepada kita, dan dengan senangnya akan tertarik kepada penyampaian kita. Sebelum ni Kak kin jenis tak berapa kisah bab ni nampaknya terpaksalah renung-renungkan.....

Satu lagi, Kak Kin hadir satu bengkel untuk menjadi penyampai in-formal yang berkesan kepada masyarakat. Penceramah mengupas perkataan "cell". Katanya kita patut ujudkan "cell", satu "cell" 3 orang, dari tiga orang ni, bentuk "cell" lagi 3 orang juga. Semasa pembentukan 'cell' tu buat-lah aktiviti-aktiviti yang baik-baik seperti berborak benda2 yang baik saja, berjalan pun tempat2 yang baik-baik. Kemudian bila dah "cell" tu kukuh, bina "cell" yang baru dan begitulah seterusnya. Akhirnya, boleh wujudkan satu cantuman "cell" yang besar untuk apa-apa kebaikan. Macam sarang lebah yang asalnya satu "cell", tapi lama-lama bila besar boleh hasilkan madu yang berkhasiat tinggi. Katanya lagi, pratikal "cell" ni lebih senang kalau di kediaman flat atau apartment. OOOO... Kak Kin orang IT, selalu belajar dan praktik teori "cell" semasa buat kerja programming... tapi Kak Kin tak guna untuk hal ini......... alahai apalah aku ni......

Monday, July 2, 2007

Sukarelawan di Kota Bertaraf Dunia

Rabu, Khamis dan Jumaat(27,28 dan 29 Jun) Suami Kak Kin mengumpul sampah(yg. tidak busuk dan tidak mudah reput) yang sudah lama terbiar di laman apartment kami dan membakarnya. Sampah yang terdiri dari perabut terbuang, batang pokok yang ditebang dan berbagai-bagai lagi itu terpaksa di bakar bekali-kali oleh suami kak kin kerana baranya masih ada dan longgokan itu masih berbaki. Sebelum ni pun suami kak kin telah beberapa kali melakukan benda ini, seperti sukarelawan juga-lah, tak palah kalau kita menjadi sukarelwan yang susah untuk di buat oleh orang lain tentu besar maknanya, mudah-mudahan pahalanya pun besar. Kak kin bagi pihak semua penduduk mengucapkan berbanyak2 terima kasih daun keladi pada 'hubby' Kak kin ni.

Sabtu (30 Jun) Kak Kin ke Program Khidmat Kesihatan di Salah satu penempatan di Ibu Kota. Daripada makluman yang Kak Kin terima dari kawan2 di sana nanti ada pemeriksaan kesihatan percuma, kaedah rawatan alternatif, gerai jualan, pamiran2, pendaftaran dan penyemakan pengundian oleh wakil SPR, pertandingan beberapa acara oleh penduduk setempat dan sebagainya. Dan sememangnya semua perkhabaran itu benar belaka.

Bila Kak Kin sampai di sana(awal pagi) program telah bermula(meriah) ditambah dengan semerbak bau gulai kawah. OOO ada makan rupanya... 'bakpo tak royatnya'. Tuan punya gerai telah bersedia dengan senyuman dan ayat 'power' masing2 untuk menarik perhatian pengunjung2. Wakil SPR telah bersedia dengan komputernya... walaupun masih terkial2 membetulkan 'printer'nya. Dan bila tengok barisan yang panjang beratur disatu sudut tu Kak Kin pun ikutlah sama nak 'join' walaupun belum tau apa tujuannya... rupanya mereka berdaftar untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Wah ramainya, menandakan warga kota ni memang prihatin dengan kesihatan. Lepas daftar kena timbang, lepas tu baru periksa darah, periksa paras glukos, jumpa pakar pemakanan seimbang dan sebagainya. Itulah prosedurnya... macam betul2 dekat klinik/hospital, langsung Kak Kin keluar dari barisan, Kak Kin ni trauma dengan mesin timbang tu... eeeeeeeeeeeeeee.


Kak kin masih lagi jadi pemerhati setia. Kak Kin tengok sukarelawan yang menjalankan tugas, Kak kin bagi mereka markah 5 bintang(siapa nak iktiraf penilaian Kak Kin???) bagus sungguh mereka ni. Kemudian Kak Kin ke gerai rawatan alternatif, ramai juga yg. mengelilingi pengamal rawatan tersebut - sukarelawan juga. Tukang Urut kaedah 'refleksologi' lelaki dan wanita pun tak henti-henti tangan 'menggayang' kaki pelanggan mereka. Gerai periksa gigi dan peralatannya pun ada!, cuma mesin Gerudi Gigi tak ada. Kak Kin dapat khidmat semua sukarelwan tersebut kecuali yang kena timbang!!!!.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau menyatakan sokongan Dewan Bandaraya yang terhadap program yang menitik beratkan peningkatan taraf kesihatan penduduk kotaraya yang bertaraf dunia ini. Dewan Bandaraya akan membantu dengan peruntukan2 yang disediakan.

Selepas perasmian, disediakan jamuan makan tengahari berlaukkan daging lembu yang diperuntukkan oleh Dewan Bandaraya dan dimasak secara gotong royong oleh penduduk, maknanya secara sukarela juga. Beberapa acara diteruskan dengan penuh teratur.

Petangnya selesai program, kak kin tengok pemuda2 dan pakcik2(golongan warga emas pun ada) berganding bahu mengemaskan tapak program untuk acara petang dan seterusnya membuat persediaan untuk program sebelah malam pula.

Hari ini Kak Kin rasa seronok menjadi penghuni kotaraya ni kerana ada juga penghuni kota yang masih sudi bergelar sukarelawan, lebih kurang sama dengan kampung???.